KAD

Monday 6 February 2012

TUDUNG BERHIAS SULAMAN MANIK

Tudung akan nampak lebih gorgeous dengan jahitan manik ni. Tudung yang pada mulanya ringkas ini telah dijahit manik berbentuk bunga yang dilingkari dengan jalinan dedaun.

Kombinasi warna boleh diubah mengikut citarasa pelanggan samada ingin warna yang senada dengan warna tudung mahupun yang kontra. 

Terdapat pelbagai bentuk sulaman manik dan setiap bentuk tersebut telah disertakan dengan kod. Kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh menyertakan sekali no kod tersebut. 


KOD 0112



TUDUNG + JAHITAN MANIK ~ RM35.00
JAHIT MANIK SAHAJA ~ RM20.00



KOD 0113


TUDUNG + JAHITAN MANIK ~ RM35.00
JAHIT MANIK SAHAJA (TUDUNG SENDIRI) ~ RM20.00



KOD 0114


TUDUNG + JAHITAN MANIK ~ RM35.00
JAHIT MANIK SAHAJA (TUDUNG SENDIRI) ~ RM20.00



KOD 0115



TUDUNG + JAHITAN MANIK ~ RM30.00
JAHIT MANIK SAHAJA (TUDUNG SENDIRI) ~ RM15.00



KOD 0116



TUDUNG + JAHITAN MANIK ~ RM30.00
JAHIT MANIK SAHAJA (TUDUNG SENDIRI) ~ RM15.00



KOD 0117



TUDUNG + JAHITAN MANIK ~ RM30.00
JAHIT MANIK SAHAJA (TUDUNG SENDIRI) ~ RM15.00


Monday 30 January 2012

SULAMAN MANIK MUTIARA KASIH

Salam semua....

Nama manja sulaman ni, Sulaman Manik Mutiara Kasih.
Sulaman ini diserikan dengan kelopak-kelopak bunga kecil yang berwarna-warni, dilingkari dengan susunan jahitan manik berwarna hijau yang berbentuk daun. Sulaman ini juga dijahit dengan manik mutiara yang bertaburan bagi menampakkan ia lebih glamour dan meriah. Kombinasi warna manik boleh diubah mengikut citarasa pelanggan. 


Sulaman Manik Mutiara Kasih di leher busana





Sulaman Manik Mutiara Kasih di lengan busana





Nama Sulaman   :   Sulaman Manik Mutiara Kasih
Harga   :   RM 100.00

* Harga masih boleh dirunding.

BUNGA MANIK BALUT

Jahitan Sulaman Manik Balut yang terkini. Menggunakan manik dari Jepun yang berkualiti tinggi. Bahagian dalam sulaman kelopak bunga menggunakan manik padi dan dibaluti dengan susunan manik bulat kecil. Bahagian tengah kelopak bunga menggunakan diamond / kristal yang berkilau. Setiap kuntum bunga mempunyai lapan (8) kelopak.





Dengan jahitan Bunga Manik Balut di lengan busana anda pasti ia akan nampak lebih glamour gtu. Seperti biasa, kepada sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi saya. Usah bimbang, harga masih boleh dirunding.

Nama Sulaman   :   Bunga Manik Balut
Harga   :   RM 80.00

Saturday 14 January 2012

SULAMAN SERI PENGANTIN

Assalamualaikum :-)

Zaidah Collection turut mengambil tempahan jahitan manik untuk Baju Pengantin. Pasti pengantin ingin kelihatan lebih berseri di saat akad nikah mahupun bersanding.

Kebanyakan kain yang dijual untuk dibuat baju pengantin tanpa jahitan manik. Kalau ada pun sudah pasti mahal. Maka, untuk menjimatkan kos perkahwinan anda....anda boleh membeli kain tersebut dan menempah jahitan manik setelah baju tersebut siap dijahit. Baju anda pasti nampak lebih grand!

Buatlah tempahan di Zaidah Collection, pasti anda akan berpuas hati.

Disini ada contoh jahitan manik Baju Pengantin dari Zaidah Collection. Jom kita nengok!!!







Nama sulaman   :   Sulaman Seri Pengantin
Harga Sulaman  :   RM 150.00
Jahitan manik ini untuk sepasang baju pengantin.


SULAMAN KELOPAK KASIH






Baju yang pada mulanya nampak ringkas ini, boleh menjadi lebih cantik dan menyerlah dengan tambahan jahitan manik Sulaman Kelopak Kasih.

Nama Sulaman   :   Sulaman Kelopak Kasih
Harga   :   RM 80.00
Harga sulaman ini termasuk jahitan manik di leher dan lengan.
Kombinasi warna manik boleh ditukar mengikut citarasa pelanggan.

Friday 13 January 2012

SULAMAN BUNGA API



Nama Sulaman   :   Sulaman Bunga Api
Harga Sulaman   :   RM 50.00
Sulaman ini boleh dijahit untuk leher dan lengan baju dengan harga yang sama (RM 50.00)